RSS

I love multitasking. That’s why I use

I love multitasking. That’s why I use.

 
Leave a comment

Posted by on April 26, 2012 in Uncategorized

 

PERMAINAN KOMPUTER YANG MENGHINA ISLAM

Sampai-sampaikanlah…

“Semoga kita dan zuriat-zuriat kita terhindar dari tergolong di kalangan golongan yang sesat. Insya’Allah.” 


1) DevilMay Cry

Image

DevilMay Cry yang menghina Islam

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati

Image

Image

Image

Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
“wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan”

Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

“Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy”

2) Clive Barker Undying 

Image

Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Image

Image

Berita mengenai permainan ini dirampas:

Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

Perisian permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

3) Zack And Wiki

Image

Luahan dari seorang gamer Wii:

“Sebagai seorang gamer Wii, saya melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, “Allahu Akbar”, dan kemudian meniru cara doa. Pelik dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain.”

Tindakan yang dibuat:

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a “common Islamic phrase” from Zack & Wiki: Quest for Barbaros’ Treasure on the Wii. The phrase’s removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is “Allahu akbar” (“God is most Great”), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants’ attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, “We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public.”

“We appreciated Capcom’s willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company’s swift response.

4) Prince Of Persia

Image

Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)
Image
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar”
(Surah Al- Ahzab:71)
Jika kita bermain game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan apa yang mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

Image

Di dalam game ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit “ALLAHUAKBAR” dan “JIHADD”

6) Stronghold Crusader 

Image

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

Image

Lihatlah bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Image

7) Resident Evil 4

Image

Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama “Los Illuminados”.

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut

Image

Lambang Illuminati pada loket atau tangkal tersebut

Image

Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

Image

Zoom pada pintu tersebut

Perasan tak apa yang tidak kena dengan gambar di atas?
Kalau nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madinah. Macam mana boleh ada di dalam game ni?
Image
 Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan. Lihat gambar di bawah ini.
Image
Perbezaan pintu dalam game dengan realiti
Image
Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

 
Leave a comment

Posted by on March 31, 2012 in Renungan

 

Jom Tutup Aurat dan Jaga Akhlak!!!!

Image

Sudah 4 tahun, dia jadi pakwe aku..Maka, sudah 4 tahun kami ‘bersama’ saling menyintai..

4 tahun bersama..?
Hanya sebagai ‘pakwe makwe’ sahaja..?
Lepas tu bangga tayang ‘relationship’ di sidebar blog,fb dan sebagainye !

Selama 4 tahun itu..
Agaknya sudah berapa banyak dosa maksiat dilakukan bersama ?
Dosa bersentuh-sentuhan..
Dosa berapat-rapatan..
Dosa dating di tempat sunyi..
Dosa membonceng
Dosa berduaan dlm taman dan dlm kereta
Dosa bermanja-manja
Dosa rindu
Dosa zina hati
Dosa melihat aurat awek..
Dosa berbual hal seksual bersama…

Lainlah kalau sudah 4 tahun bersama sebagai suami isteri..
Barulah layak dibanggakan..!!

pikir2knlah…perhubungan anda itu kearah maksiat atau redho Allah s.w.t?

By : Jom Tutup Aurat dan Jaga Akhlak

 
Leave a comment

Posted by on March 22, 2012 in Renungan

 

Cerita Tentang Professor Dengan Pendayung Sampan

 

Image

“Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabu…ng uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.”

“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu.

“Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

“Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi.

“Ya”.

“Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

“Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Moral of the story

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka cerdik sungguh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin cerdik sungguh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2012 in Renungan

 

Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!

Image

Ini adalah benar…sila baca sehingga habis… dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh…

Assalamualaikum…… Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad … Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.

(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(……Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala. PESANAN HAMBA INI:

(a) berselawat – untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.

(b) bertaubatlah – dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.

(c) Bersembahyangla..

(d) berzakat – jangan ditinggalkan.

(e) Menunaikan Fardhu haji – bila berkemampuan.

(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN

1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya…… dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.

4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.

5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.

7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. Dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.

PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.

InsyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan

TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM…. SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM

 
Leave a comment

Posted by on March 20, 2012 in Renungan

 

Modul Politeknik

Laman muatturun ini telah dipindahkan ke pompersz.blogspot.com

Untuk  muatturun modul dibawah, sila * Click Here *

Image

» A1001 – Pendidikan Islam 1                             Download

» A1002 – Pendidikan Moral 1                             Download

» A2001 – Pendidikan Islam 2                             Download

» A2002 – Pendidikan Moral 2                             Download

» B1001 – Matematik 1                                       Download

» B1003 – Aplikasi Komputer                               Download

» B1004 – Sains Juruteknik                                 Download

» B2001 – Matematik 2                                       Download

» B3001 – Matematik 3                                       Download

» B4001 – Matematik 4                                       Download

» B5001 – Matematik 5                                       Download

» J1001 – Lukisan Kejuruteraan                           Download

 

Laman muatturun ini telah dipindahkan ke pompersz.blogspot.com

Untuk  muatturun modul dibawah, sila * Click Here *

 

KEJURUTERAAN AWAM

» C1001 – Bahan & Binaan Kejuruteraan              Download

» C1005 – Ukur Kejuruteraan 1                            Download

» C1343 – Ukur Kejuruteraan 1                            Download

» C1381 – Ukur Bangunan 1                                Download

» C2001 – Construction & Material Engineering 2  Download

» C2005 – Ukur Kejuruteraan 2                            Download

» C2006 – Aturcara Kontrak & Ukur Binaan 1        Download

» C2007 – Mekanik Struktur 1                             Download

» C2342 – Hitungan 2                                         Download

» C2343 – Ukur Kejuruteraan 2                            Download

» C2363 – Perkhidmatan Mekanikal 1                  Download

» C3009 – Hidraulik 1                                         Download

» C3010 – Highway Engineering                          Download

» C4008 – Geoteknik 2                                       Download

» C4009 – Hidraulik 2                                         Download

» C5303 – Theory of Structure 2                          Download

» C5606 – Statistik 1                                          Download

 

KEJURUTERAAN ELEKTRIK                             Click Here                     

KEJURUTERAAN MEKANIKAL                         Click Here

PERDAGANGAN                                              Click Here

 
Leave a comment

Posted by on March 19, 2012 in Modul

 
Aside

Adakah anda mengikuti perkembangan bakat JoHaRa kegemaran anda di EraFM?      keterangan lanjut : *Click Here*

Image

Tahukah anda? EraFM telah menganjurkan pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam pendengar mereka dalam bidang seni ini dengan hanya membuat panggilan Live kepada talian EraFM!

Soalannya, adakah anda sudah mengundi bintang-bintang kegemaran Bakat JoHaRa anda?

Jadi, jom undilah beramai-ramai dan saksikan impian bakat JoHaRa kegemaraan anda tercapai kerana 15 pemenang akan mempersembahkan kehebatan mereka pada pusingan akhir dan juga dapat memenangi hadiah berjumlah RM50,000! Tunggu apa lagi? Sokongilah bakat-bakat tempatan kita sekarang juga!

Adakah anda mengikuti bakat JoHaRa kegemaran anda di EraFM?

 
Leave a comment

Posted by on March 19, 2012 in Ads